Thursday, December 22, 2011

BERUNTUNGNYA AKU MENJADI SEORANG WANITA......


Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
*semoga menjadi wanita yg solehah dan lebih berilmu. harap menjadi panduan buat kaum hawa sekalian...selamat menbaca dan menghayatinya....

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 org wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Wednesday, December 21, 2011

AMALKAN DOA JODOH.......



Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dgn hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ke tepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya;

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-MU...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-MU ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini walaupun akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal alamin...

Tuesday, December 20, 2011

STRESS DAN CARA MENGATASINYA MENURUT PANDANGAN ISLAM


1. DEFINASI
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang.
Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.


1.1 Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam
Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu dan akal.
• Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)

2. STRESS ITU UJIAN ALLAH S.W.T

*Berdoa boleh mententeramkan jiwa

Surah Al-Baqarah(2):155
Firman Allah yang bermaksud:
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )


2.1 PERUBAHAN FIZIKAL
* Sakit
* Terlalu kurus / gemuk
* Hilang keceriaan diri
* Lesu / letih
* Terlalu / tidak langsung berhias
* Agresif
* Suka mengelamun
* Sering lupa
* Mengasingkan diri


2.2 PERUBAHAN SIKAP
? Mudah marah
? Mudah bosan
? Tidak mampu menguruskan diri / kerja
? Suka Mengalihkan kemarahan
? Sentiasa berpandangan negatif
? Hilang pertimbangan / separa sedar


2.3 PERUBAHAN EMOSI

? Terlalu cemburu
? Penyedih dan sensitif
? Terlalu gembira / riang
? Ego dan mementingkan diri
? Kemurungan
? Kerisauan / kebimbangan

3. KESAN TEKANAN
3.1 POSITIF
? Sumber motivasi diri
? Perubahan positif
? Kecemerlangan diri
? Kuat berusaha
? Persaingan diri
? Optimis
? Keyakinan diri


3.2 NEGATIF
? Prestasi menurun
? Resah gelisah
? Hilang kesabaran diri
? Rasa bersalah
? Rendah diri
? Pesimis dan sensitif
? Hilang pertimbangan diri

4. TEKNIK MENGURUS TEKANAN
? Muhasabah diri / koreksi diri
? Mengenali punca-punca tekanan:
- Kurang Kemahiran
- Kurang Ilmu
- Kurang Komunikasi
- Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
- Pengurusan Masa tidak cekap
- Masalah keluarga/kewangan dll
? Ambil tindakan tertentu:
- Menghadiri kursus
- Dapatkan bantuan pakar
? - Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll


5. FAKTOR –FAKTOR STRESS


5.1 FAKTOR DALAMAN


? Keinginan melakukan yang terbaik
? Terlalu ideal
? Tiada keyakinan diri
? Putus asa / rendah diri
? Kurang pengetahuan agama
? Terlalu menjaga kepentingan orang lain
? Desakan untuk mendapat pujian / penghargaan
? Kaki kerja (workholic)
? Gagal menguruskan masa

5.2 FAKTOR LUARAN


? Ketua / majikan ( arahan tidak jelas & tidak sekata)
? Konflik Pasangan hidup (suami / isteri)
? Konflik keluarga (anak bermasalah, penceraian ibubapa, dll)
? Pengaruh dan masalah dengan Rakan / sahabat / jiran
? Perubahan kerja yang terlalu kerap
? Penempatan yang terlalu lama di suatu tempat kerja
? Persekitaran dan kurang kemudahan/prasarana
? Tidak mendapat penghargaan

5.3 FAKTOR ISU SEMASA
? Kegawatan ekonomi dunia
? Malapetaka / musibah
? Jatuh sakit
? Perubahan politik
? Kehilangan orang yang disayangi / tempat bergantung
? Perubahan status / kedudukan
? Gagal dalam memenuhi kehendak jabatan
? Perpisahan dan perceraian

6. TINDAKAN PEMULIHAN TEKANAN
? Ubah rutin hidup
? Latih diri dengan situasi baru
? Bertenang, sabar, kawal, abaikan
? Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
? Redha dan menerima situasi
? Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan,ibubapa, suami isteri)
? Rehat, bercuti atau pindah
? Bersenam
? Sedar tahap keupayaan diri
? Seimbangkan aktiviti kehidupan
? Membuat perancangan yang teratur
? Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang
? Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
? Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
? Dapatkan nasihat pakar

7. PENAWAR ROHANI
? SOLAT
a. Hajat
b. Taubat

Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)
? DOA
- Doa mengelakkan lapan perkara:
1. Rasa sedih
2. Dukacita
3. Malas
4. Lemah
5. Penakut
6. Bakhil
7. Bebanan hutang
8. Gangguan Manusia

? ZIKIR
- Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.
? BACA AL-QURAN
- Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit

8. Apakah kesan buruk gejala stress?
Kesepian dan menyendiri merupakan simptom susulan akibat stress. Jika tidak diatasi, kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan dan bunuh diri. Jadi, atasi stress segera dengan bertenang & berfikiran positif untuk kehidupan yang lebih sihat.


9. KESIMPULAN
Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup. Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.



(Suntingan dan sumber dari JAKIM)

BICARA INSAN GURU.....


CABARAN. Sesi persekolahan bagi tahun 2012 akan bermula tidak lama lagi. Pengajaran dan pembelajaran akan bermula meliputi peringkat TADIKA, Pra-Sekolah, Sekolah Rendah dan juga Sekolah Menengah.

Para ibubapa tentunya sibuk menguruskan dan melengkapkan keperluan persekolahan anak-anak. Manakala guru-guru pula sudah mula membuat persiapan untuk menghadapi cabaran 2012 pula.

Para guru dan murid bertemu lagi setelah hampir sebulan bercuti. Bagi guru-guru yang mengajar di pedalaman, jangan jadikan alasan kesusahan itu sebagai penghalang untuk terus berbakti dan mencurahkan ilmu kepada anak bangsa.

Sebaliknya, jadikan segala kesusahan dan kesulitan itu sebagai penawar dan semangat untuk kita terus berkhidmat sebagai pendidik semoga semua anak didik kita mendapat apa yang mereka sepatutnya dapat daripada seorang guru.

“ASSALAMUALAIKUM CIKGU!” Itulah di antara kata-kata hikmat yang diucapkan kepada guru setiap hari. Kata-kata tersebut dilafazkan sama ada di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Dengan erti kata yang lain, sebagai seorang murid perlu sentiasa menghormati guru tidak kira di mana sahaja berada.

Menghormati guru sama seperti kita menghormati kedua ibu bapa kita. Guru berada bersama murid selama hampir enam jam sehari. Jumlah ini tidak termasuk waktu menjalankan aktiviti ko-kurikulum.

Guru bukan sahaja menjalankan tugas untuk mengajar tetapi mempunyai berbagai tanggungjawab yang lain. Antaranya ialah :

Pembimbing:

Guru kita ialah seorang pembimbing yang sentiasa memberi nasihat, tunjuk ajar dan pedoman ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Kata-kata nasihat yang diberikan tidak seharusnya diambil ringan. Ia harus dihormati dan digunakan dalam kehidupan. Ia juga merupakan seorang motivator yang sentiasa membakar semangat murid-murid ketika berada dalam keadaan yang kecewa untuk terus berusaha menghadapi cabaran dan menempah kejayaan.

Penjaga:

Selain daripada pembimbing guru juga merupakan seorang penjaga kerana pada masa itu ibu bapa murid sedang bekerja. Oleh itu sebagai seorang penjaga tindakan mereka samalah seperti tindakan ibu bapa murid-murid sendiri. Ada ketikanya seseorang guru itu marah dan mengenakan denda sekiranya murid-murid melakukan kesilapan atau melanggari peraturan sekolah. Ada ketikanya pula guru-guru akan gembira dan memberi ganjaran jika murid-muridnya berkelakuan baik dan menumpukan segala perhatian terhadap pelajaran.

Pemudahcara:

Guru juga merupakan seorang pemudahcara iaitu menyelesaikan masalah murid terutamanya dalam pembelajaran. Murid bebas bertanya kepada guru tentang masalah pembelajarannya sekiranya murid tidak memahami sesuatu topik. Walau bagaimanapun usaha yang gigih dan ikhlas daripada murid perlulah digandakan dan janganlah terlalu mengharapkan bantuan guru semata-mata. Dengan hanya mengharapkan bantuan guru sahaja akan menjadikan seseorang murid itu malas.

Guru tidak meminta apa-apa balasan daripada murid atas segala tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan. Harapan mereka agar segala tindakan yang mereka lakukan itu dapat dihargai oleh murid-murid dengan mengikuti segala nasihat yang diberi dan digunakan dalam kehidupan.

Monday, December 19, 2011

YA ALLAH DENGARLAH DOA KAMI!!....



Wahai Tuhan Kami yang punya segala-galanya,
Dengarlah rintihan hati kami yang penuh keluh kesah,
BErikan keampunan kepada kami,
yang tidak pernah lepas daripada melakukan kejahatan, kesilapan dan dosa,
Terimalah TAUBAT kami...teguhkanlah IMAN kami,
Jadikan kami orang yang sentiasa BERSYUKUR dan berTAUBAT,
JAdikan setiap penyesalan kami penawar dan penguat kepada IMAN dan JIWA kami,
Agar selalu TABAH dan SABAR..

YA ALLAH..............................
berikan kami IMAN yang teguh,KESIHATAN yang baik, REZEKI dan KEKAYAAN yang melimpah,
ILMU yang berguna,serta KEJAYAAN dan KEMENANGAN.

YA ALLAH......
Hanya kepadaMu tempat kami bergantung harap dan mengadu.

YA ALLAH....
Jangan Kau biarkan kami sendirian mengatur kehidupan kami,

YA RAHMAN YA WADUD YA QAHAR................
Pilihlah kami dan PELIHARALAH kami agar kami bakal menjadi menjadi ahli SYURGA-MU,
Dengan Penamat HIDUP yang terBAIK,
DAn Jadikan kehidupan kami di dunia ini dalam kehormatan..........
AMIN ya ROBBAL 'Alamin..

TIP BELAJAR BAHASA ARAB

Ramai di kalangan kita pernah belajar Bahasa Arab samada secara rasmi ataupun tidak. Walaubagaimanapun kebanyakan mereka masih ada yang mengeluh menyatakan belum dapat menguasai kemahiran Bahasa Arab.

Ada juga yang bertanya “Apakah rahsia untuk mahir berkomunikasi dalam Bahasa Arab? Apakah tips mudah untuk menguasai bahasa Nabi ini? Apakah teknik mudah untuk memahami dan mendalami bahasa ini dengan mudah? Berapa lama pula masa yang diperlukan?”Sehubungan itu, penulis inigin mengajak para pembaca untuk sama-sama berkongsi pengalaman bagaimana kita boleh meningkatkan kemahiran berbahasa Arab.

Secara umumnya, jika kita tahu cara dan teknik yang betul dan sesuai untuk mahir dalam bahasa Al-Quran, ia adalah sangat mudah. Pendekatan teknik mudah inilah yang jarang didedahkan kepada para pelajar. Dalam hal ini, kita memiliki banyak kelebihan anugerah Allah yang kita tidak manfaatkan secara maksima.

Dengan ertikata lain, kita perlu memasukkan beberapa unsur yang sering dilupakan dalam pembelajaran biasa. Antara unsur itu ialah konsep kata pinjaman, zikrullah, panggilan mesra berkomunikasi, intonasi yang sesuai, bahasa badan yang meyakinkan dan penggunaan ayat Al-Quran dan al-Hadis. Pendekatan belajar mudah bahasa Arab ini menggabungkan beberapa elemen penting dan beberapa konsep unik yang kita abaikan sebelum ini. Antara konsep itu ialah:

Pertama : Konsep Memanfaatkan Kelebihan Memiliki Kata Pinjaman.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang telah menguasai Bahasa Melayu dikira cukup bertuah berbanding rakyat Argentina, Jepun, Brazil dan lain-lain. Bahasa yang mereka tuturkan hampir tiada persamaan dengan bahasa Arab. Ini berbeza dengan bahasa Malaysia yang kita gunakan seharian. Dalam Kamus Dewan sahaja terdapat lebih 1,700 perkataan berasal daripada perkataan Arab. Jadi apalah salahnya, kata pinjaman yang berasal daripada bahasa Arab itu kita gunakan semula dalam membina ayat mudah dalam bahasa Arab.

Dalam peperiksaan Bahasa Arab SPM, calon dikehendaki menulis karangan sekurang-kurangnya 150 patah perkataan. Ini sudah tentunya sangat senang kerana kita ada lebih 10 kali ganda daripada itu iaitu 1700 patah perkataan dalam bahasa ibunda kita. Cuma, persoalannya bagaimana kita menggunakan kelebihan ini.

Untuk itu, satu kaedah baru telah diperkenalkan yang diberi nama MUKADDAM. Kaedah MUKADDADAM ini adalah singkatan (“Membandingkan Unsur-unsur Kalimah Arab Dengan Dialek Alam Melayu”). Ia adalah satu pendekatan mudah belajar bahasa Arab terutamanya untuk rakyat Malaysia yang sudah menguasai Bahasa Melayu. Konsep yang ingin diketengahkan sebenarnya cukup mudah.

Setiap hari cuma satu kata pinjaman sahaja yang akan dihuraikan, digunakan dan dipraktikkan. Inilah yang dikatakan, sehari sehelai benang, lama-kelamaan menjadi selembar kain. Begitu juga dalam konteks belajar bahasa Arab yang mudah ini. Sehari satu kata pinjaman lama kelamaan “as-hala qamusin”. Apa yang dimaksudkan dengan “as-hala qamusin” ialah sebuah kamus yang paling mudah difahami.

Kedua : Konsep Zikrullah

Ada satu soalan yang sering ditanya kepada kita. Kebanyakan daripada kita pun pasti akan menjawabnya dengan jawaban yang sama atau hampir sama. Soalan itu ialah “Kaifa haluk?” Terjemahannya “Apa khabar saudara?” Jawabannya ialah “Ana bikhair wal hamdulillah” Terjemahannya “Saya baik dan alhamdulillah”.

Apa yang ingin dibicarakan di sini ialah jawaban “alhamdulillah” iaitu menyebut nama Allah. Persoalannya kenapa soalan ini sahaja kita menjawabnya dengan menyebut nama Allah? Kenapa dalam soalan lain atau suasana yang lain kita tidak mampu menyebut nama Allah? Sehubungan itu kita akan mengaitkan apa saja ayat yang kita bina dengan satu zikrullah yang paling sesuai. Dalam hal ini sekiranya kita mudah mengingati Allah, Allah akan memudahkan kita untuk belajar mengingati perkataan lain.

Ketiga : Konsep Panggilan Mesra

Dalam komunikasi berkesan kita digalakkan menyebut nama, gelaran atau pangkat seseorang. Dalam Al-Quran, perkataan ya… (seruan yang bermakna wahai…) disebut sebanyak 361 kali. Sehubungan itu kita boleh mulakan dengan panggilan mesra atau panggilan mesra diletakkan di awal atau di hujung percakapan.

Terdapat dua faedah utama yang boleh kita peroleh sekiranya kita menggunakan konsep ini. Faedah pertama kita dapat membanyakkan atau memanjangkan ayat yang kita bina. Faedah kedua pula dapat mengeratkan hubungan komunikasi antara kita dan orang yang kita hubungi.

Keempat : Konsep Intonasi

Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar dikehendaki membaca beberapa ayat dalam satu intonasi sahaja. Oleh itu dalam kaedah mudah ini, pelajar dikehendaki melakonkan satu perkataan dalam pelbagai intonasi.

Sebagai contohnya perkataan “La” yang bermakna tidak atau penafian. Seorang pelajar yang menghayati bahasa Arab mampu membuat pelbagai intonasi yang sesuai berdasarkan masa, tempat dan kedudukan walaupun hanya satu perkataan. Perkataan “la” boleh dialunkan intonasinya dalam keadaan biasa, menafikan cara lembut, menafikan secara bersungguh-sungguh, menafikan cara keras, secara mengada-ngada, geram, marah, bersahaja, terkejut, kagum dan sebagainya.

Kelima : Konsep Bahasa Badan

Ini diambil dari konsep iman iaitu membenarkan dalam hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan anggota badan. Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar hanya menggunakan dua pertiga sahaja. Mereka jarang sekali menggunakan anggota badan untuk membantu pertuturan mereka.

Sehubungan itu, berteraskan modal insan, para pelajar dikehendaki menggunakan bahasa badan mereka sebagai sokongan. Ini secara tidak langsung akan memudahkan mereka berinteraksi dengan lebih menyakinkan dan menyenangkan mereka menghafal perkataan baru.

Dalam hal ini, kita ambil satu contoh mudah. Mr Bean, seorang pelakon popular telah mengaplikasikan konsep iman ini dengan menjadikan bahasa badan sebagai teras dalam aksi komedinya. Filem beliau terkenal, difahami dan diterima pakai di seluruh dunia. Kini, beliau boleh dikatakan seorang yang berjaya dalam bidang lakonan. Kenapa anda tidak mahu mencuba konsep iman ini semasa belajar Bahasa Arab?

Keenam : Konsep Pengukuhan Dengan ayat Al-Quran, Al-Hadis dan Kata-kata hikmat

Untuk pengukuhan kita gunakan perkataan yang digunakan dalam Al-Quran, Hadis atau kata-kata hikmah. Sebagaimana kita maklumi, bahasa Al-Quran tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pakar bahasa. Begitu juga dengan Al-Hadis dan kata-kata hikamt dalam bahasa Arab yang boleh dijadikan sebagai panduan penting dalam mempelajari bahasa Arab ini.

Sehubungan itu kita sepatutnya menggunakan kekuatan yang kita ada ini berbanding pelajar yang belajar bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa Arab tidak dapat menggunakan kelebihan ini. Jika kita tidak memanfaatkan kelebihan ini, sudah tentu kita akan mengalami suatu kerugian besar.
KELEBIHAN MEMPELAJARI BAHASA ARAB

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه وسلم

Suka saya memulakan perbincangan kita, dengan mengetengahkan beberapa hadith dan athar yang menunjukkan tentang kepentingan mendalami bahasa Al Quran ini. Diharap ia akan menjadi peniup semangat untuk kita sama-sama dalam rangka untuk menpelajarinya perlahan-lahan .

Ketahuilah, bahawa bahawa ilmu bahasa arab itu amat luas, dan ia mempunyai puluhan cabang-cabang ilmu yang mempunyai pengertian dan kepentingan tersendiri. Walaubagaimanapun, ilmu paling penting dan asas dalam segenap ilmu tersebut ialah Nahu dan Sorof. Oleh kerana peri pentingnya ilmu ini maka para ulama zaman berzaman telah mengingatkan anak-anak didiknya malah mewasiatkannya kepada ahlinya untuk menuntut kedua ilmu ini .
''Percakapan itu menjadi indah dengan ilmu Nahu. Sesiapa yang tidak mengerti ilmu Nahu maka cederalah percakapannya''


Berkata Imam al Baihaqi, dari Syu'bah bahawa beliau berkata ;
''Jika seorang Muhaddith (pakar hadith) tidak mengetahui Nahu, maka hanya seperti himar yang pada kepalanya uncang makanan tetapi tanpa gandum di dalamnya.''



Dari Abi al Zanad dari bapanya, bahawa beliau berkata;
'' Tidaklah menjadi zindiq orang di timur melainkan kerana jahil dengan kalam Arab.''


Dari Ibnu Mubarak, katanya
'' Seseorang tidak dapat menerima apa-apa ilmu selagi mana dia tidak menghiasi ilmunya dengan mempelajari bahasa Arab.''

Telah berkata Jalaluddin al Suyuti di dala Syarah Alfiyahnya, katanya;
'' Telah bersepakat para ulama' bahawa Nahu amatlah diperlukan dan dikehendaki dalam (memahami) setiap disiplin ilmu terutama tafsir dan hadith. Hal ini kerana tidak boleh seseorang itu berkata-kata mengenai Kitabullah sehingga benar-benar mahir dengan Bahasa Arab, kerana Al Quran itu berbahasa Arab maka seseorang tidak mampu memahami maksudnya melainkan dengan mengetahui qawaid bahasa Arab. Begitu jugalah dengan ilmu hadith.''


Telah berkata Ibnu al Solah;
''Wajiblah ke atas Muhaddith agar tidak meriwayatkan hadith dengan bacaan yang mempunyai lahan (yang telor)''



Dari Abi Daud berkata, saya mendengar al Asmai'e berkata
''Perkara yang paling aku takuti berlaku ke atas penuntut ilmu ialah apabila mereka tidak mengetahui Nahu, maka mereka akan termasuk dalam golongan yang disabdakan Nabi,

(( Sesiapa yang berbohong ke atasku secara sengaja maka sesungguhnya dia telah menyediakan kerusinya di dalam neraka ))

Hal ini kerana Rasulullah tidak meriwayatkan hadith dengan bahasa mempunyai lahan. Maka apabila seseorang itu meriwayatkan sesuatu hadith lalu dia berlahan , maka dia telah melakukan pendustaan ke atas Rasulullah.''



Saya sudahi kalam dengan kelebihan ilmu sorof oleh Al Adib Al Allamah Syeikh Ahmad ibn Muhammad Zain al Fathani ;

wahai sahabatku, jika kamu mengkehendaki kemegahan dan ketinggian, dan tinggal dalam susana yang seronok dan bahagia di dunia dan akhirat,

maka rebutlah waktumu dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu, dan jadikan ilmu sorof itu ilmu pertama yang kamu dalami,

sesungguhnya sorof jika dibandingkan dengan ilmu yang lain umpama ibu mereka, dan ia bak purnama disisi bintang-bintang yang berkelipan,

dan ia umpama lautan, sesiapa yang menyelaminya akan berjaya mendapati mutiara perbendaharaan kata rumit yang pasti amat tinggi nilainya.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وسلم والحمد لله رب العالمين