Thursday, January 7, 2010

Tuesday, January 5, 2010

Kenikmatan hidup Bermula Dengan Ibadah


damaidihati


BERIBADAHLAH ke jalan Allah untuk mencari ketenangan jiwa dan tanda kita mensyukuri nikmat pemberian-Nya. Manusia bersedih, putus asa apabila ditarik nikmat, namun ia dugaan memperkukuh iman


NAFSU manusia tidak mungkin berhenti pada satu noktah kepuasan dalam mencari kesenangan. Setelah menikmati nafsu yang pertama, dia memburu nafsu kedua lalu yang ketiga dan seterusnya tanpa henti melainkan dengan izin Allah SWT.


Apabila dia tidak dapat mencapai hasrat nafsunya, dia pun bersedih dan putus asa, menangis dan meratapi kenikmatan yang hilang padahal Allah SWT menahan nikmat itu bukan kerana Allah bakhil tetapi Allah amat menaruh belas kasihan kepadanya.


Supaya dia tidaklah dilalaikan dengan nafsu kerana nikmat yang dicurah selama ini, nyata membuat hatinya keras dan semakin terseleweng dari jalan Allah. Dunia yang dilihat semata-mata nikmat padahal mengandungi ujian berat bagi mereka yang sedar.


Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu tujukan kedua mata mu kepada apa yang telah kami berikan kepada golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk kami uji mereka dengannya dan kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah Taha ayat: 131).


Setelah memahami hakikat bahawa diri kita tidak pernah puas dengan apa yang dikejar, akhirnya kesedaran itu lahir daripada jasad yang telah lelah, hati yang gelisah dan jiwa yang terdera oleh kesibukan mencari nikmat. Seseorang tidak akan sampai kepada ketenangan jiwa melainkan dirinya berada pada suasana ibadat sepanjang masa. Seluruh perbuatannya dilakukan kerana Allah, bersama Allah dan untuk Allah ketika mencari nafkah, bergaul dengan manusia bahkan dalam perkara mubah sekalipun hendaknya kehadiran Allah sentiasa dirasai.


Orang mukmin juga mempunyai hawa nafsu, dia tidak pernah terlepas daripada pergolakan nafsunya. Kadang-kadang dia menang dan ada kalanya dia kecundang, begitulah sifat manusia yang memang lemah dan amat memerlukan petunjuk dari-Nya. Jika Allah SWT mengasihi orang mukmin maka Dia menunjukkan jalan untuk mendekatkan diri kepada-Nya.


Dibukakan aibnya sedikit untuk sekadar ingatan dan diujinya dengan musibah sebagai peringatan. Kemudian dituntun hati orang yang dikasihi-Nya ke lembah hijau tempat ranumnya iman, demi mengubati kegelisahannya itu dicurahkanlah mata air jernih ilmu dan makrifat, ditolong supaya hamba-Nya itu bangkit mengabdikan diri kepada-Nya. Begitulah rahmat Allah SWT kepada orang mukmin.


Adakalanya setiap mukmin merasai kerasnya hati, malas beribadah dan longgarnya rasa pengawasan Allah ke atas dirinya. Semua itu pasti dirasai sesiapa yang bermujahadah di jalan Allah. Sepatutnya kita bersyukur kerana cepat mengenal diri saat terlangar larangan Allah atau terlupa suruhan-Nya. Kenal dengan sifat-sifat dosa dan maksiat yang mencemari hati. Kemudian berusaha mengganti kelalaian itu dengan semangat ibadah dalam kehidupan.


Rasulullah SAW bersabda:

“Bertakwalah kepada Allah di mana pun kamu berada, ikutilah perbuatan buruk itu dengan kebaikan sesungguhnya kebaikan akan menghapus keburukan dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik.” (Hadis Hasan Riwayat Al-Tirmizi).


Semangat ibadah sentiasa timbul dan tenggelam di jiwa mukmin, untuk memastikan seorang mukmin tetap istiqamah perlu dihadirkan suntikan motivasi yang mencergaskan jiwanya untuk beribadah kepada Allah SWT.


  • Ibadah tanda mensyukuri nikmat.

Kita sering melipatgandakan ibadah pada masa tertentu kononnya Allah memberi rezeki yang banyak atau kejayaan dalam bidang diceburi, maka kita amat bersungguh-sungguh mengingati jasa Allah. Menjemput saudara mara ke doa selamat, membaca Yasin, sembahyang berjemaah, memberi makan anak yatim dan bersedekah. Malangnya ada manusia apabila tidak menerima nikmat daripada Allah, mereka hilang semangat beribadah.


Padahal nikmat Allah tidak semestinya berupa harta benda, kejayaan dan kecemerlangan hidup bahkan nikmat yang paling bernilai adalah dijauhkan kita daripada musibah yang menimpa kita, anak-anak dan keluarga. Jika setiap hari kita mendengar berita jenayah, tidakkah kita bersyukur kepada Allah kerana terhindar daripada musibah dengan perlindungan-Nya?


Orang yang memahami hakikat bersyukur akan menemui di dasar hatinya bahawa tiada nikmat yang lebih besar selain menjadi orang mukmin yang diredai Allah SWT. Kerana itulah kita bersujud dan menuai amal salih setiap masa kerana jasa baik Allah ke atas kita.


Rasulullah SAW bersabda ketika bersembahyang tahajjud di bilik Aisyah walaupun kaki baginda sakit, baginda bersabda: “Afala uhibbu an akuuna abdan syakuran?”(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari Muslim)


  • Ibadah tanda percaya janji Allah.

Kitab-kitab yang menerangkan fadhilat ibadah wajib dan sunat sudah banyak diringkaskan daripada kumpulan hadis-hadis Nabi yang sahih, doa-doa Nabi yang maktsur juga menjadi keutamaan kerana ganjaran yang dikhabarkan. Ia diharapkan menjadi berita gembira yang didahulukan khabarnya di dunia, tanda kecintaan Allah kepada hamba-Nya dan Maha benar Allah atas segala janji-janji-Nya. Apabila hati keras dan jiwa menjadi malas, ubatilah ia dengan bacaan Al-Quran dan hadis sahih yang mengandungi unsur pujukan dan motivasi untuk mempertingkatkan iman dan amal kita di sisi Allah.


  • Ibadah tanda mengutamakan Allah.

Apapun kesibukan yang membelenggu orang mukmin, hatinya tetap milik Allah. Tiada yang lebih penting daripada menjaga apa-apa yang diwajibkan-Nya dan juga amalan yang sunat. Apabila waktu berhibur dan bermain berlebihan berbanding waktu beribadah dan bekerja hendaklah disoal hati yang lalai itu mengenai siapakah sepatutnya yang lebih diutamakan?

DoSa MengHitam Hati DicaBuT Iman.

PENENANG HATI: Masa terluang perlu diisi dengan amal ibadat supaya kekuatan iman bertambah.


Masa luang paling bahaya kerana lemahkan perasaan hingga jejas kesabaran


TAKUTLAH dengan keselesaan dan ketenangan hidup kerana boleh jadi ia seperti sungai yang tenang, tetapi dalamnya boleh menenggelamkan orang yang leka akibat keindahannya. Begitulah perumpamaan dunia yang disediakan untuk menguji.

Firman Allah yang bermaksud:

“…siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat).” (Surah al-Mulk, ayat 2)


Tetapi mengapa mesti takut jika seseorang sudah beriman. Bukankah hidup ini awal dan akhirnya, susah dan senang, azab dan nikmatnya sudah ditakdirkan untuk setiap yang bernyawa? Seperti kata Umar Al-Khattab mengenai hakikat ujian: “Aku tak kisah selama ujian itu tidak menjejaskan iman dan agamaku.”


Asalkan ada iman, segala-galanya akan menjadi mudah. Sebaliknya, tanpa iman harta yang banyak tidak akan memuaskan, wanita cantik rasa menjemukan, anak ramai, tetapi kesunyian, kawan dan pengikut taat setia, tetapi dicengkam pengkhianatan.


Maka ia memandang manusia dengan pandangan mencurigakan, mencari musuh dan mengumpul kekuatan untuk melawan. Hidup jadi kusut, konflik bertindih-tindih, apa yang ada di tangan tidak boleh menundukkan hatinya. Nafsu menjadi raja, iman semakin susut ke paras terendah.


Saidina Abu Darda’ pernah berkata: “Antara tanda kefahaman seorang hamba adalah dia mengetahui apakah imannya bertambah atau berkurang.”


Sesungguhnya iman boleh naik dan turun, ia diuji dengan pelbagai masalah kehidupan. Sama seperti ujian kemewahan dan kemiskinan yang disentuh dalam al-Quran.


Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah: jika bapa, anak, saudara, isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan kamu usahakan, perniagaan kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik.” (Surah al-Taubah, ayat 24)


Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)


Menjadi sifat dan tabiat buruk manusia apabila diuji ingat kepada Tuhan dan jika hilang kesusahannya ia berpaling daripada Tuhan. Hal ini dinyatakan menerusi sindiran al-Quran yang bermaksud:

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang menimpanya. Begitulah orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah Yunus, ayat 12)


Semestinya ketika musibah berakhir dan berganti dengan keselamatan, seseorang semakin kuat bergantung kepada Allah dan berwaspada jika peristiwa itu berulang lagi. Kemudian bertambah kesyukuran dan selalu mengingati jasa Allah kepada dirinya.


Apabila dia melihat saudaranya ditimpa musibah, hatinya kembali mengingati bahawa dia pun terdedah kepada musibah itu dan bertambahlah harapannya kepada Tuhan. Begitulah kefahaman iman yang sejati ketika menghadapi ujian.


Selain ujian kehidupan, iman juga boleh dicabar dengan dosa kecil dan besar. Orang melakukan dosa, maka serta-merta berkuranglah imannya. Adakah sesuatu yang boleh menggugat ketenangan hati manusia? Yang menggetarkan hati adalah dosa, yang menghitamkan hati juga dosa, yang menggelapkan pandangan dan mengotori perasaan manusia hanya dosanya.


Seseorang boleh terjejas tumpuan amalnya kerana dosa, lemah azamnya kerana dosa, keruh hubungan dengan sesama manusia kerana dosa. Dan yang paling hebat impak dosa adalah terlempar manusia dari sisi Allah dan tercabutnya iman daripada hati.

Untuk itu, penting menjaga iman supaya sentiasa tegak pada paras yang tinggi atau setidak-tidaknya konsisten dan istiqamah begitu mendesak untuk disegerakan melebihi segala-galanya. Seboleh-bolehnya yang menjadi agenda terpenting dalam kehidupan kita adalah bagaimana cara melonjakkan iman dan menyurutkan maksiat.


Saidina Abdullah Masud berkata: “Seorang Muslim tidak akan sampai pada hakikat iman sehingga masa baginya lebih berharga daripada hartanya.” Dia begitu menghargai masa, mengisi dengan perbuatan berfaedah dan sentiasa mengejar sasaran tertentu. Tidak salah apabila seseorang mempunyai impian, asalkan bukan angan-angan kosong.


Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata: “Aku memiliki jiwa yang cekal untuk mendapat segala keinginanku. Dulu, aku ingin berkahwin dengan anak perempuan bapa saudaraku akhirnya aku memilikinya. Lalu aku ingin menjadi Gabenor Madinah, aku ingin menegakkan keadilan dan aku memperolehnya. Kemudian aku ingin menjadi khalifah kaum Muslimin dan aku mendapatkannya. Adapun kini, aku merindukan yang lebih tinggi lagi, sekarang aku merindukan syurga Allah.”


Betapa tingginya cita-cita semata-mata mahu memperjuangkan agama Allah dalam apa juga bidang diceburi. Alangkah singkatnya masa yang ada, sehingga al-Imam Hasan al-Banna berkata: “Sesungguhnya kewajipan kamu lebih banyak daripada masa yang kamu miliki.”


Bagaimana mungkin seseorang boleh menunda pekerjaan yang baik di sisi Allah padahal dia tidak tahu mungkin esok mendapat serangan penyakit atau musibah yang menjejaskan segala sasaran dibinanya.


Masa terluang adalah saat paling berbahaya kerana dosa dan kejahatan itu berpunca daripada masa dan hati yang kosong. Hanya dengan bekerja, beramal dan beribadat seseorang memiliki kekuatan iman, manakala menganggur, malas dan berhibur berlebihan akan melemahkan iman.


Al-Imam Ibnu Al-Qayyim berkata: “Setiap hembusan nafas dan titisan peluh yang keluar di dunia tidak dalam rangka ketaatan kepada Allah, maka akan keluar pada hari kiamat dalam keadaan menyesal.”


Abu Bakar al-Siddiq masuk ke sebuah kebun milik sahabat Ansar, bersama sahabatnya beliau duduk menikmati keindahan kebun, buah-buahan sedang ranum menunggu masa untuk dipetik, rantingnya tidak kelihatan disebabkan banyaknya buah, sementara burung bergayutan kegirangan.


Sahabat berasa gembira dengan pemandangan indah itu, tetapi mereka melihat Abu Bakar duduk sendirian sambil menangis teresak-esak. Mereka bertanya hairan: “Wahai Khalifah, apa gerangan yang terjadi pada dirimu? Abu Bakar menjawab: “Saya melihat burung ini, betapa beruntungnya ia, hinggap di sebatang ranting dan memakan buahnya, ia mendatangi sungai yang jernih dan meminum airnya, ia mati tanpa dihisab dan tiada mendapat azab. Oh seandainya aku hidup seperti burung ini, oh…seandainya ibuku tidak melahirkanku.” Akhirnya sahabat yang lain ikut menangis.


Jauhnya pandangan dan sensitifnya perasaan Saidina Abu Bakar, bukti kentalnya iman di dada. Pada saat tidak terduga pun (ketika bersantai) beliau mampu membangkitkan keinsafan dan menyuburkan imannya. Sesuatu yang agak mustahil dilakukan pada zaman ini di mana ramai generasinya dalam terkena bala pun masih sempat bermaksiat. Ya Allah hidupkanlah iman di dada kami setiap saat.

SoLat TeNgaH MalaM PenGHaPuS Dosa, PengHalang MaKSiat.

MENURUT Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, ada beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam antaranya:


  • Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

  • Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

  • Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

  • Memerhati kepada kesungguhan individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamulail khususnya para solihin di kalangan sahabat dan ulama.

  • Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti ditunjukkan Rasulullah SAW.

  • Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan Rasulullah dalam sabda yang bermaksud: “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra’Bin ‘Azib)

  • Bersegera masuk tidur (tidur pada awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan dilakukan Rasulullah SAW.

  • Berzikir dengan wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur (kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun) atau membawa ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur dan membaca tiga Qul.

  • Seboleh-bolehnya tidur sebentar pada siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya.

  • Elak daripada banyak makan dan minum kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

  • Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa juga keadaan.

  • Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang pertama mudah untuk bangun di tengah malam.

  • Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.

  • Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunat muakkad yang sangat dianjurkan oleh Nabi SAW.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)

Stress???

Setiap orang pasti akan rasa stress… Kadang-kadang sangat-sangat stress.. Mungkin stress dengan sesuatu atau seseorang… Kadang-kadang aku pun tak tahu nak bagi nasihat macam mane kalau kawan2 tny macam mana nak kurangkan stress, but..here is several tips to manage your stress.. Hope you gain benefits from it.. :)


1. Cari sedikit privacy moment in every your single day! Sebab kamu berhak untuk mendapatkannya….Kalau rasa terbeban dengan mana-mana keje @ insan..leave them for a while..


2. Ceriakan hari kamu ! Kamu kena tahu how to take your self lightly and your work seriously k.. Haihh, kenapa perlu bebankan fikiran dengan SEMUA PERKARA yang jadi di sekeliling kamu…? Ermm..sebab..Matahari tetap akan bersinar hari esok walaupun kamu sudah tiada kan… :) ..Jadi, nikmatilah hari ini seadanya..


3. Berhenti….Fikir…Kira 1 sampai 10 bila kamu rasa macam nak ‘meletoppp’…Kira perlahan-lahan tau… ;)


4. Bertenang.. Jangan rushing…Elakkan buat apa-apa keputusan ketika kamu stress… Sbb keputusan tu mungkin hanya berlandaskan emosi kamu semata-mata ..bukan aqal… Hmm, takut plak nanti kalau2 decision tu akan memudaratkan kamu plak..huhu

smile030

5. Senyum sokmo.. Bila kita senyum, susah nak rasa stress kan..Tak percaya..? Cuba lah…


6. Berbuat baiklah pada insan lain… Kurangkan perbuatan menyakitkan hati orang lain k.. klu tgk seseorang buat kamu stress, jgn tgk dia… Klu dengar kata-katanya buat kamu stress, pekakkan telinga.. Kalau membaca tulisan dia buat kamu stress, tak perlu la baca..huhu


7. Maafkan lah dia… Kadang-kadang orang tu tak sedar sikap dia menyebabkan kamu stress… Even, kalau still tak puas hati pun, tunggu masa yang sesuai untuk tegur dia k… Lapangkan dada untuk memafkan dia..Pasti stress kamu akan berkurang..


8. Hug more… Kamu pasti akan rasa lebih tenang dan damai di hati kalau dapat peluk makhluk lain i.e your pet like kucing OR seseorang i.e teman baik .. In fact, we all need hug..


9. Take a chance of love… Terapi yang selalu dekat dengan kita tapi kita selalu terlupa.. Erkkk, janganlah kecilkan scope kasih sayang ni… Definisi sayang itu luas .. Parent, kawan-kawan, anak-anak @ pasangan kamu (kepada yang dah kahwin).. Their caring and our commitment to them adalah sumber kekuatan yang paling utama dalam hidup kita.. Haihhh, kamu tidak keseorangan lah di dunia ini.. Share your problems with them .. Kalau perlu, menangis je la..huhu..


10. Baca dan hayatilah ayat-ayatNYA… Pasti kamu akan rasa tenang… Sangat tenang.. DIA sentiasa ada…Kita yang selalu lupakan DIA.. Yakinlah dengan janjiNYA … DIA takkan pernah uji hambaNYA dengan segala sesuatu yang berada di luar kemampuan hambaNYA … La Tahzan.. Ujian setiap orang berbeza kan.. Appreciate your self and every single challenges in your life..! Kamu insan terpilih untuk dugaan itu :)

14 CiRi MeNanGaNi StReSS

Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.

  1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.
  2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.
  3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.
  4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.
  5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.
  6. Membentuk pengurusan masa yang baik.
  7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
  8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.
  9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
  10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.
  11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.
  12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.
  13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.
  14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa

Sunday, January 3, 2010

Aurat Wanita:Kesilapan Yang Sering Dilakukan

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini:-

KESALAHAN PERTAMA :
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.


KESALAHAN KEDUA :
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.


KESALAHAN KETIGA :
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.


KESALAHAN KEEMPAT :
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.


KESALAHAN KELIMA :
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.


KESALAHAN KEENAM :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.


KESALAHAN KETUJUH :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.


KESALAHAN KELAPAN :
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)


KESALAHAN KESEMBILAN :
Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.


KESALAHAN KESEPULUH :
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja dia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

Pakailah tudung mengikut syariat sebenar

Pakailah tudung mengikut syariat sebenar