Monday, January 9, 2012

cabaran seorang pendidik


ASSALAMUALAIKUM buat semua....

Alhamdulillah saya panjatkan rasa kesyukuran yang amat sangat kerana Allah memberi saya petunjuk dan hidayah serta kesihatan yang baik. Rasanya dh hampir dua bulan sy tidak menulis blog. Minggu pertama persekolahan sudah pun berlalu. Syukurlah walaupun agak banyak urusan yang perlu diselesaikan tetapi saya masih diberi kekuatan untuk menjalankan tugas. Banyak perkara yang perlu diuruskan terutama pada minggu pertama sesi persekolahan ditambah pula dengan hari praktikum yang makin hampir 19 hari jer lagi..moga diri ini lebih diberi ketabahan dan kekuatan menjalankan jihad yang telah diamanahkan.

tahun ini merupakan tahun yang agak sibuk, banyak komitmen yg perlu diberi kepada pelbagai pihak, terutamanya komitmen kpd IPG, sekolah dan family serta xlupa juga komitmen pd diri sendiri...tapi alhamdulillah kali ini xla banyak tugasan yg diberi oleh IPG hanya 4 assigment saja..tapi komitmen yg lebih besar ialah sy akn berpraktikum selama 3 bulan mulai 29 Januari hingga 26 April. makin hari makin berdebar2 kerana gambaran yang diberikan amat menakutkan. ada yang menyatakan semasa praktikum nk makan pun xsempat sbb terlalu banyak keja...tapi kalau difikirkan apa2 kejayaan msti memerlukan pengorbanan. saya diberi tanggungjawab mengajar 28 waktu, 12 kelas mata pelajaran bahasa arab dan 1 kelas mata pelajaran pendidikan ISlam..pada awalnya memang agak terkejut dengan jumlah waktu yang diberikan kerana guru dalam latihan hanya boleh mengajar tidak lebih dr 25 waktu, tetapi memandangakan SK Bndar Baru Sg Lalang 2, Sg Petani Kedah kekurangan guru, jadi saya terima tugas tersebut dengan hati yg terbuka...

Ada yang menganggap profesion perguruan merupakan profesion yang amat mudah, tetapi hakikatnya profesion keguruan harus memiliki kekuatan dri segi mental dan fizikal.
Sememangnya dunia pendidikan hari ini penuh cabaran. Warga pendidik masa kini yang perlu berdepan dengan tingkah laku negatif yang tunjukkan oleh sebilangan pelajar.

Cabaran seorang guru
Cabaran seorang guru bukan kecil. Jika tiada kesabaran, pasti akan dilanda tekanan yang amat berat. Tugas hakiki seorang cikgu adalah mengajar namun di sekolah itu hanyalah sebahagian dari tugas-tugas lain. Apabila dibebani tugas yang berat, kadang kala ianya menjejaskan keluarga (bagi yang sudah berumah tangga) dan seterusnya menggangu kehidupan normal.

Kejayaan murid-murid merupakan kemanisan yang dapat dirasai oleh seorang cikgu walaupun ianya tidak dikenang oleh murid itu sendiri. Kejayaan murid lebih dilihat kehebatan murid itu sendiri dan kebijakan ibu bapa mereka yang mendidik. Namun sebaliknya apabila seorang murid itu gagal, PASTI cikgu yang akan dipersalahkan kerana tidak mengajar dengan baik.

EMOSI

Antara cabaran paling utama bagi guru alaf baru ialah pengendalian emosi yang baik.Kecemerlangan seorang guru di dalam pengajarannya tidak mungkin begitu andai dirinya tidak mampu mengawal emosi sendiri.Guru-guru harus memahami , pendidik masakini memang terlalu banyak tugasnya.Tetapi ianya harus dilihat dari sudut rasional dan kepentingan bersama.Seandainya emosi yang tidak berfikir secara waras , maka timbullah perasaan tertekan terhadap bebanan kerja yang sebenarnya merupakan tanggungjawab pendidik sendiri.Merungut bukanlah penyelesaian yang baik.Menyalahkan orang lain juga bukan suatu jawapan yang baik.Maka tidak lain dan tidak bukan, di dalam menghadapi beban yang pelbagai ini, strategi perlu disusun rapi.Pembahagian tugas perlu dilaksanakan dengan effektif.Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing.

Memang guru juga insan biasa.Adakalanya berdepan dengan keadaan murid dan pelajar yang agak keterlaluan tindak tanduknya.Kita adakalanya pening memikirkannya.Mengapa dahulu, kita tidak melawan apabila dimarahi guru, walaupun adakalanya guru juga silap di dalam melaksanakan sesuatu tindakan.Saya belajar suatu perkara.Rupanya orang menghargai kesabaran tersebut.Insan yang hebat adalah insan yang mampu mengawal kemarahannya sendiri.Memang benar..

No comments:

Post a Comment